suria

“Memang ada karakter lelaki gatal” - Issey

PENYAMPAI radio Suria FM, Issey Fazlisham menyangkal tuduhan liar yang mendakwa dia sebagai seorang lelaki mata keranjang.

Bagaimanapun menurut Issey sejak kebelakangan ini tuduhan tersebut semakin meliar apabila dia merakamkan single pertama berjudul Alololo.

“Imej lelaki gatal tu kerana orang nampak saya pernah membawakan karakter sebegitu dalam beberapa program televisyen. Kadangkala kakater itu juga dibawakan semasa mengendalikan segmen Team Suria Pagi di Suria FM.

Issey nafi dirinya lelaki mata keranjang

“Namun realitinya bukanlah sebegitu, saya cuma gunakan perkara yang wujud dalam kehidupan seharian malah turut menyelitkan mesej positif dalam lagu ini,” kata Issey kepada mStar Online.

Issey ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan artis dibawah naungan Datu Entertainment pada Rabu.

Issey kini bernaung dibawah syarikat Datu Entertainment

Dalam perkembangan lain, Issey sekali lagi menafikan kononnya dia melakukan gimik apabila berkongsi video menerima ugutan daripada seorang peminat perempuan.

“Bukan gimik. Saya langsung tidak mengenali pemanggil yang menggelarkan dirinya sebagai 'Anis' itu.

“Ia berlaku secara kebetulan iaitu sehari sebelum singe Alololo dilancarkan. Ada juga pihak yang menjangkakan individu bernama Anis itu akan muncul dalam klip video single pertama saya namun ia semua sekadar tuduhan tidak berasas,” tambah Issey.

issey


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi