suria

Malu mengaku anak saudara Zamani, Zynakal takut dituduh tumpang populariti

PENYANYI Zynakal berkata dia merancang untuk menghasilkan lagu duet bersama bapa saudaranya yang juga penyanyi  Zamani tidak lama lagi.

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad  Raziq Rosli berkata perancangan itu dibuat selepas menerima galakkan untuk mereka berkolaborasi.

Zynakal merupakan anak sudara penyanyi Zamani

“Kalau ikutkan hati saya tak mahu kongsikan kepada umum tentang hubungan saya dan Zamani kerana enggan dituduh menumpang populariti,  namun saya tiada pilihan apabila cerita tersebut sudah mula tersebar.

“Namun apabila dipandang dari sudut postif, ramai peminat Zamani mula memberi perhatian kepada hasil karya saya dan ada yang meminta agar kami menghasilkan lagu duet,” kata Zynakal kepada mStar Online.

Zynakal nafi tumpang populariti artis terkenal lain

Sementara itu Zynakal, 21, turut menepis dakwaan bahawa populariti yang dikecapinya kini adalah kerana hubungan baik dengan rakan artis lain seperti  Ismail Izani, Sufian Suhaimi, Aiman Tino dan Haqiem Rusli.

“Ramai yang tidak tahu saya sebenarnya saya mula menceburi bidang muzik dengan menghasilkan beberapa buah lagu untuk artis lain.

“Namun nama saya hanya dikenali selepas menjadi penyanyi, jadi tidak wujud istilah 'menghimpit' artis lain dan menumpang populariti mereka untuk jadi terkenal," tambah Zynakal.

zynakal, zamani


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi