suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat suruh cukur, Aiman Tino kata tunggu dulu

TAHUN 2019, penyanyi Aiman Tino berkata dia mahu mencuba imej baharu dengan menyimpan janggut.

Menurut Aiman, penampilan tersebut sedikit sebanyak mampu membuatkan dia kelihatan lebih matang dan dewasa.

"Ada sedikit perubahan mungkin dibahagian janggut ini, sudah berapa tahun imej yang sama, jadi tak salah tukar imej lain sikit.

"Saya ada terima komen peminat yang suruh cukur dan buang janggut ini tapi sabar, kita biar dulu tengok macam mana, sesekali kena cuba benda baru.

"Ada juga kawan-kawan kata wajah saya nampak lebih matang," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai cinta, jejaka berusia 21 tahun ini memberitahu dia masih bujang dan hatinya masih belum dimiliki mana-mana wanita.

"Bercinta kalau ada yang nak OK lah, tapi buat masa ni belum ada lagi.

"Kalau ada nak kenal kena jumpa mak ayah dulu sebab bekas-bekas kekasih sebelum ini kenal kedua ibu bapa saya," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Aiman Tino


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi