Sanggup buka tudung kerana nafsu, artis calar imej wanita muslimah - Video | mStar

Sanggup buka tudung kerana nafsu, artis calar imej wanita muslimah

INDUSTRI hiburan kembali hangat dengan penyebaran foto tidak bertudung dua selebriti popular tanah air iaitu Emma Maembong dan Fathia Latiff.

Manakan tidak, kedua-kedua aktres ini dikenali sebagai pelakon muslimah yang dilihat cukup menjaga batas aurat.

Mengakui kesilapan diri, Emma berkata apa yang berlaku itu adalah atas kehendak diri dan meminta netizen tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Manakala, Fathia pula masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penyebaran foto dia dengan imej berambut pendek itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh Fathia buka tudung, Emma Maembong di celah kangkang abang menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya Ditawarkan Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung

Isu 'buka tudung' ini bukanlah perkara baharu dalam industri seni tanah air kerana sebelum ini ada beberapa orang selebriti turut melakukan perkara yang sama.

Namun awal tahun ini ia mula menjadi topik perbualan netizen kerana foto mereka tersebar dalam jangka waktu yang singkat.

Menjadi persoalan adakah mereka ini ikhlas mengenakan hijab atau hanya sekadar mengikut peredaran fesyen semasa?

Ikuti perbincangan dalam segmen #KenotBrain minggu ini!

Kenot Brain , Emma Maembong , Fathia Latiff
Semua
Hiburan
Berita
Variasi