suria

‘Haram’ juara AJL33, Hael Husaini dan Ezra Kong rangkul anugerah dua tahun berturut-turut

Dari kiri; Ezra Kong, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini berkongsi hadiah selepas muncul juara AJL33 dengan lagu 'Haram'. Foto AFIQUE YUSOFF

LAGU ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Lagu dinyanyikan sendiri oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Assalamualaikum’ buka peluang Ezra Kong dalam arena muzik Melayu


Barisan pemenang AJL33 dari kiri; Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ara Johari dan Misha Omar.

Untuk rekod ia adalah kemenangan kali kedua berturut-turut gandingan Hael Husaini dan Ezra yang pernah menjuarai AJL32 tahun lalu menerusi lagu Jampi.

Manakala lagu nyanyian Dayang berjudul Lelaki Teragung pula merangkul trofi AJL31.

Naib juara AJL33 pula milik lagu Bunga ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok nyanyian Ara Johari.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Misha Omar juga memenangi Vokal Terbaik.

Tempat ketiga milik lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri berjudul Sampai Bila.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkobgsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Lebih manis, penyanyi lagu tersebut Misha Omar dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Manakala Persembahan Terbaik pula milik  Sufian Suhaimi menerusi persembahan lagu Di Matamu.


Dayang dan Hael memberikan persembahan bertenaga.

Sufian membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, sebuah telefon pintar dan trofi.

AJL33 dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar.

Malam kemuncak AJL33 turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan Search dan DJ Fuzz menerusi lagu Gagalista.

Selain itu, Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Nabila Razali turut muncul membuat persembahan dengan lagu Seribu Impian.

Jaclyn Victor dan Siti Nordiana turut memberi persaingan sengit.

Manakala penutup AJL33 diserikan dengan gabungan penyanyi rap lama dan baharu iaitu Nico G, Juzzthin, Balan, Lil J, Zizi Kirana, Aman Ra dan Alif dengan lagu seperti Inilah Nasibku, Anak Ayam, Nak Ke Tak Nak, Bangun, Apa Khabar, Sampai Jadi dan Sang Saka Biru.

Pemenang AJL33

Juara: Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (RM50,000)

Naib Juara: Bunga - Ara Johari (RM35,000)

Tempat ketiga: Sampai Bila - Misha Omar (RM20,000)

Vokal Terbaik: Misha Omar (RM12,000)

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi (RM12,000)

AJL33, Haram, Hael Husaini, Ezra Kong

Artikel Lain