suria

“Maafkan semua kesalahan daddy bila Ayesha dan kakak-kakak dah besar nanti” - Daus (AF8)

Daus (AF8) memangku anak ketiganya, Ayesha Sheraz yang dilahirkan sekitar dua minggu lalu. Foto Instagram @daus_eli_official

BEKAS peserta program Akademi Fantasia musim kelapan iaitu Daus menyentuh hati pengikut Instagramnya apabila memuat naik status buat anak ketiganya, Ayesha Sheraz yang baharu sahaja dilahirkan dua minggu lalu.

Daus yang baharu sahaja bercerai dengan bekas isterinya pada Jumaat lalu memohon maaf kepada bayi perempuannya itu kerana akan jarang menjenguknya dan dua anaknya lain selepas ini.

Bagaimanapun kata Daus, sebagai bapa dia berjanji akan menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaiknya walaupun sudah bercerai.

"Assalamualaikum kesayangan daddy Ayesha Sheraz.. semoga menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah okay sayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Daus (AF8) beri penjelasan cerai isteri dalam pantang

Tinggal kenangan...Daus bersama bekas isteri dan anak-anak mereka ketika bercuti di luar negara.

"Maafkan daddy lepas ni jarang tengok Ayesha dan Kakak-kakak. InsyaAllah janji daddy lepas ni akan jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya untuk anak-anak daddy," katanya.

Muhd Shahril Firdaus Eli, 31, berkahwin dengan Syaza Shamimi Jalaludin Khan, 32, pada 7 Jun 2013.

Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 1 Febuari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, Sarawak.

Hasil perkahwinan itu mereka turut dikurniakan dua anak perempuan Delysha Senzela, 5 dan Myesha Shehrish yang kini berusia tiga tahun.

Luahan Daus di Instagram menyentuh hati.

Dalam pada itu, Daus berkata, dia sudah tidak kisah dengan kata-kata cacian dilemparkan terhadapnya kerana sudah berusaha untuk menyelamatkan keadaan rumah tangganya.

Dia turut berpesan kepada anak-anaknya agar sentiasa taat kepada ibu mereka selain tidak membuatnya bersedih.

"Allah tengah menguji... Doakan daddy berjaya di dunia dan di akhirat... Maafkan semua kesalahan daddy bila Ayesha dan kakak-kakak dah besar nanti.

"Mereka mampu berkata apa-apa, daddy tak kisah dah, yang penting daddt dah usaha untuk perbaiki keadaan. Dah besar nanti jaga mama elok-elok okay? Jangan buat mama sedih, daddy sayangkan anak-anak daddy dunia akhirat," ujarnya.

Daus AF8

Artikel Berkaitan

Artikel Lain