suria

Misha, Siti Sarah diramal juara AJL33, kata Idayu 'sesiapa' saja boleh menang vokal terbaik

Netizen di laman Twitter membuat ramalan Misha dan Siti Sarah bakal menjuari AJL 33.

MENJELANG beberapa jam lagi berlangsungnya kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), bahang acara tahunan yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad malam semakin dirasai.

Sebanyak 12 lagu terbaik yang layak ke pentas AJL33 akan berebut tempat dinobat sebagai juara, vokal terbaik dan persembahan terbaik.

Penyanyi Idayu yang mempunyai vokal mantap memberitahu, pihak media ada menghubunginya untuk meminta pendapatnya mengenai penyanyi yang bakal merangkul gelaran vokal terbaik.

Bagi penyanyi karya Selamanya, sesiapa sahaja layak untuk memenangi kategori tersebut sekiranya berjaya menyampaikan lagu dengan baik dan tiada cacat cela dalam nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai Bila & Di Matamu antara 12 lagu layak ke AJL 33


Bagi Idayu, sesiapa sahaja layak untuk memenangi Vokal Terbaik jika menyampaikan lagu dengan baik.

"Sebenarnya jawapan yang paling tepat adalah, 'sesiapa' sahaja yang dapat sampaikan lagu dengan baik dan tiada cacat cela ketika persembahan layak jadi pemenang.

"Hanya itu yang diperlukan, sebab Allah dah bagi suara yang istimewa dan berbeza kepada setiap manusia, jadi manfaatkan betul-betul ya," katanya menerusi laman Instastory.

Juara program AF Megastar ini turut mendoakan kejayaan rakan-rakannya yang bersaing di pentas AJL33 dan akan hadir memberi sokongan kepada mereka.

"Semoga berjaya kepada semua rakan-rakan peserta AJL33. Sis datang sorak dan pose cantik saja malam ni!" ujarnya.

Jangkaan Netizen untuk pemenang AJL33.

Dalam pada itu, laman sosial Twitter juga sudah dipenuhi dengan ramalan netizen mengenai bakal pemenang AJL33.

Rata-rata mereka berpendapat penyanyi Misha Omar bakal menjuari AJL33 menerusi lagu Sampai Bila dan lagu Semakin nyanyian Siti Sarah turut dijangka bakal membawa pulang trofi pada malam ini.

Selain dua lagu itu, 10 lagi lagu terbaik yang akan bersaing adalah Dimatamu nyanyian Sufian Suhaimi, Bunga (Ara Johari), Bunga (Altimet) akan dinyanyikan oleh kumpulan DeFam dan Luluh (Khai Bahar).

Turut bersaing ialah Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra), Kau Pun Sama (Syamel), Haram (Hael & Dayang), Hajat (Hael Husaini), Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor) dan Tak Pernah Hilang (Amylia & Kaer).

Misha Omar, Siti Sarah, Idayu, AJL33

Artikel Lain