suria

Dah lima tahun orang tak kenal... Iqbal Iqnada tak kisah

Iqbal tidak kisah sekiranya masih ada lagi yang tidak mengenalinya.

PENYANYI Iqbal Iqnada memberitahu dia tidak kisah sekiranya masih ada lagi yang tidak mengenalinya biarpun sudah lima tahun berada dalam industri seni.

Bagaimanapun, Iqbal, 20, berkata dia seboleh-bolehnya mahu peminat lebih mengenalinya sebagai Iqbal Iqnada dan bukannya 'Iqbal Ceria Pop Star' atau 'Iqbal Megastar'.

"Sebenarnya saya tak kisah pun kalau ada yang masih belum kenal siapa saya walaupun kalau ikutkan dah lima tahun juga dalam industri.

"Sebabnya saya tak nak kejar populariti sangat. Biarlah perlahan-lahan orang mengenali saya. Kalau nak buat viral jadi terkenal, takut viral tu negatif pula.

Iqbal mahu dikenali sebagai Iqbal Iqnada.

"Tapi sekarang ini, kalau boleh biarlah orang kenal saya sebagai Iqbal Iqnada. Bukan lagi Iqbal Ceria Pop Star atau Iqbal Megastar," katanya kepada mStar Online.

Iqbal pernah dinobatkan sebagai Naib Juara program Ceria Pop Star pada 2014 dan mendapat tempat kelima menerusi program Ceria Megastar pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Iqbal kini sedang mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Si Cantik yang sudah dilancarkan sejak 4 Januari lalu.

Menurut Iqbal, dia yakin kelebihannya boleh menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa antaranya Mandarin dan Tamil dapat membantu untuk berada di industri seni.

Iqbal Iqnada kini sibuk promosi lagu terbaharu berjudul Si Cantik.

"Alhamdulillah saya sudah pun mengeluarkan single terbaharu berjudul Si Cantik pada 4 Januari lalu dan berharap semua peminat dapat menyokong.

"Saya sedar sekarang ini ramai penyanyi baru dan muda dan menjadi pesaing dalam industri muzik. Tapi setiap orang ada kelebihan masing-masing.

"Macam saya, kelebihan saya boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa. Saya boleh menyanyikan lagu bahasa Mandarin, Tamil, Bangladesh, Kantonis dan banyak lagi," katanya.

Iqbal Iqnada

Artikel Lain