suria

Romantiknya... Zahirah anggap Aiman Hakim hadiah hari lahirnya ke-24

Zahirah anggap ulang tahun kelahirannya pada tahun ini yang terbaik.

PELAKON Zahirah Macwilson menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada Jumaat bersama kekasihnya yang juga pelakon Aiman Hakim Ridza di Vang Vieng, Loas.

Menerusi foto Zahirah di laman Instagramnya, dia mengucapkan terima kasih kepada Aiman yang telah berkongsi perkara-perkara baik dalam kehidupannya.

Malah, pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini juga menganggap sambutan hari lahirnya tahun ini yang terbaik dan Aiman adalah hadiah buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Semuanya Allah yang aturkan, mama & ayah doa semoga kekal ke jannah" - Ibu Zahirah

ARTIKEL BERKAITAN: Berkongsi kapsyen romantis... Aiman Hakim, Zahirah beri gambaran sedang bercinta


Zahirah berterima kasih kepada Aiman.

"Terima kasih sayang. Terima kasih kerana menunjukkan perkara-perkara yang lebih baik dalam kehidupan kepada saya.

"Hari lahir yang  terbaik pernah saya raikan dan anda adalah hadiah saya. Saya berdoa agar tahun ini adalah tahun kita," katanya.

Rata-rata pengikut di laman sosial turut memberi ucapan selamat hari lahir dan tidak sabar untuk melihat pasangan kekasih itu berkahwin.

"Terbaik sis! Awak layak dapat! Aiman nampak seorang lelaki yang baik. Selamat hari lahir cantik!

Zahirah dan Aiman terbuka mengenai hubungan cinta mereka.

"Saya gembira untuk anda berdua... Semoga kekal hingga jinjang pelamin.

"Tolong kahwin cepat... Tak sabar nak tengok awak kahwin," komen beberapa orang peminatnya di laman sosial.

Sejak pasangan itu memberitahu mengenai hubungan cinta itu pada penghujung tahun lalu, mereka kini lebih terbuka berkongsi foto mesra di laman sosial masing-masing.

Malah, hubungan mereka juga bukan sahaja mendapat restu daripada peminat dan ibunya, Zahirah turut memberi bayangan bapanya, Zainol Macwilson sudah merestui percintaannya itu.

Artikel Lain