Fara Hezel lupa umur Aiman Tino, maklumlah adik-beradik 10 orang! - Video | mStar

PENYANYI Fara Hezel meletakkan sasaran waktu dua tahun lagi untuk menamatkan zaman bujang dan mendirikan rumah tangga.

Menurut kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini, dia sudah mempunyai teman istimewa dan mengakui selesa bersahabat dengan jejaka tersebut.

"Semua orang ada impian nak kahwin, bagi saya kalau ada jodoh ada lah! Perancangan mendirikan rumah tangga mungkin dua tahun lagi.

"Sekarang ini kita kawan-kawan dulu kenal hati budi, soal jodoh saya serahkan kepada Allah.

"Setakat ini dia memahami apa yang saya buat dan apa saya perlu buat dalam industri. Malah, famili saya pun kenal dan merestui persahabatan kami," katanya kepada mStar Online.

Fara dan Aiman Tino.

Sementara itu, Fara memberitahu dia sebolehnya menolak untuk menjalinkan hubungan cinta dengan rakan industri.

Katanya, pengalaman rakan-rakan membuatkan dia lebih berhati-hati dan selesa memilih lelaki di luar bidang seni.

"Lelaki yang saya sedang kenal ini orang luar. Saya memang tak nak orang industri. Takut kalau diduakan, sebab saya tengok pengalaman orang lain," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Fara Hezel
Semua
Hiburan
Berita
Variasi