suria

Disuruh bercinta dengan Afieq Shazwan, Wani Kayrie kata tak boleh!

PENYANYI Wani Kayrie berkata dia tidak menjangka nyanyian lagu 'cover' yang dihasilkan bersama Afieq Shazwan mendapat pujian ramai pihak.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 19, bagaimanapun menjelaskan kolaborasi mereka adalah atas dasar kerja dan mungkin tidak akan berpanjangan sehingga timbul bibik percintaan seperti yang diharapkan ramai peminat.

Wani dedah Afieq mempunyai karakter sama dengannya

“Saya sendiri tidak menjangkakan duet 'cover' lagu Selow itu menerima banyak komen positif daripada peminat sehinggakan ada yang meminta agar kami menghasilkan single bersama lagi.

“Mungkin 'chemistry' yang kami dapat adalah kerana masing-masing sudah saling mengenali sejak kecil lagi, malah hubungan kami semakin rapat apabila masing-masing menyertai program Big Stage beberapa bulan lalu.

Peminat seakan merestui hubungan Wani dan Afieq

“Lebih menarik Afieq mempunyai karakter yang hampir sama dengan saya di mana dia seorang yang 'happy go lucky' dan mudah untuk berurusan dan itu mungkin menjadi faktor kami tidak boleh bersama untuk hubungan serius,” kata Wani kepada mStar Online.

Dalam perkembangan lain, bekas peserta program D’Academy Asia 4 (DAA4) ini memberitahu dia bakal melangkah setapak lagi dalam bidang hiburan dengan mula menceburi bidang lakonan tidak lama lagi.

Antara komen peminat Wani dan Afieq

“Saya akan mula mencuba nasib dalam bidang lakonan tidak lama lagi untuk sebuah drama televisyen.

“Saya tidak mampu gambarkan keterujaan untuk mula menceburi bidang ini kerana pastinya saya akan menjadi seorang individu lain, namun yang lebih penting ialah pengalaman yang akan saya dapat kelak,” tambah Wani.

wani kayrie, afieq shazwan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi