Kamal Adli 'zip mulut', tak berani sahkan gambar panas mirip Emma Maembong - Video | mStar

PELAKON Kamal Adli berharap agar netizen memberi ruang dan berhenti menghukum aktres Emma Maembong yang mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Kamal yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon itu berkata, dia yakin Emma mungkin mempunyai alasannya tersendiri yang enggan dikongsikan kepada umum.

Kamal mohon netizen berhenti menghentam Emma Maembong

"Sejujurnya saya tak ada hak dan tak boleh cakap tentang perkara ini kerana dia tidak bersama saya lagi.

"Itu antara dia dengan Allah, bukan kerja kita nak kecam dia. Kita nampak dia senyum, tapi mungkin dia hadapi tekanan yang teruk," kata Kamal kepada mStar Online.


Emma Maembong dengan imej terbarunya

Kamal, 33, ditemui pada majlis pengumuman Top 20 Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) pada Selasa.

Selain itu pengacara program Gegar Lawak itu mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai beberapa gambar 'panas' yang dikatakan mirip Emma.

"Tak tahu, no comment. Saya tak ada hak," katanya.

kamal adli , emma maembong
Semua
Hiburan
Berita
Variasi