suria

Pelakon lain buat onar, Ashraf Muslim pula jadi mangsa fitnah

PELAKON Ashraf Muslim kesal selepas dituduh sebagai pelakon yang bermasalah kerana gagal melaksanakan tanggungjawab membantu mempromosikan drama lakonannya sendiri.

Menurut Ashraf, imejnya sedikit tercalar selepas ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan individu yang dimaksudkan penerbit drama, Datuk A. Aida.

“Saya dah lama berlakon dan akan sentiasa menjalankan tugas yang diberikan sebaik mungkin, malah tidak pernah timbul sebarang masalah dengan A. Aida sendiri.

"Namun saya geram dengan blogger yang buat fitnah. Tolonglah sampaikan perkara yang benar, jangan pusing ayat atau tambah sesuka hati," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Sebelum ini mStar melaporkan mengenai kekecewaan A. Aida apabila salah seorang pelakon utama drama Dia Menantu Rahsia tidak mempromosikan karya terbitannya.

Selain Ashraf, Dia Menantu Rahsia membariskan pelakon lain seperti Rasya Rizrose, Mona Allen, Fazlina Ahmad Daud, Wilma Mohamad dan ramai lagi.

Sementara itu selaku pelakon senior, Ashraf menasihatkan agar pelakon baharu supaya menghormati majikan serta mematuhi kontrak yang dipersetujui.

"Kita perlu hormati penerbit atau mana-mana majikan. Buat kerja kita dengan baik dan faham tugas masing-masing.

"Ikhlas dalam bekerja juga adalah perkara penting yang perlu diamalkan selain janganlah terlalu ego dan sombong," katanya.

ashraf muslim


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi