Iqbal Iqnada tergagap cerita kisah pengikut lelaki ‘mengorat’ di Instagram - Video | mStar

Iqbal Iqnada tergagap cerita kisah pengikut lelaki ‘mengorat’ di Instagram

SELEPAS empat tahun meraih gelaran naib juara program Ceria Pop Star 2, penyanyi Iqbal Iqnada nampaknya masih belum berjaya menempatkan diri dalam industri muzik tempatan.

Bagaimanapun, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini enggan menyerah dan terus menghasilkan single terbaharu berjudul Si Cantik awal tahun lalu.

Ditanya mengenai penerimaan peminat terhadap karier nyanyian, Iqbal berkata kehadirannya semakin mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lima tahun orang tak kenal... Iqbal Iqnada tak kisah

"Alhamdulillah, orang semakin menerima bakat saya dan mereka menyedari kewujudan saya selepas program nyanyian itu.

"Saya memang serius dalam bidang ini dan berharap lagu kedua saya itu akan mendapat sambutan hebat pendengar.

Iqbal pernah menerima mesej pelik daripada peminat.

"Kalau nak cerita fasal peminat di Instagram, semakin bertambah dan saya kerap menerima pelbagai mesej daripada pengikut yang ingin berkenalan lebih rapat," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Iqbal berkata dia tidak kisah sekiranya masih ada lagi yang tidak mengenalinya biarpun sudah lima tahun berada dalam industri seni.

Bagaimanapun, jejaka berusia 20 tahun ini berkata dia seboleh-bolehnya mahu peminat lebih mengenalinya sebagai Iqbal Iqnada dan bukannya 'Iqbal Ceria Pop Star' atau 'Iqbal Megastar'.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Iqbal Iqnada
Semua
Hiburan
Berita
Variasi