Ayda Jebat sedih dapat tahu hubungan Janna, Sheila ada masalah - Video | mStar

PENYANYI Ayda Jebat menyedari hubungan di antara penerbit dan pelakon Sheila Rusly dengan Janna Nick dilihat tidak seakrab dahulu.

Meskipun mempunyai hubungan yang rapat dengan Sheila, Ayda berkata dia tidak mengetahui cerita sebenar dan enggan mencampuri urusan kedua-kedua pelakon drama Leftenan Zana itu.

"Ya, saya perasaan antara mereka sebab dua-dua nama besar, kita follow masing-masing rasa sedihlah... tapi saya tidaklah bertanya kepada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu disindir Sheila Rusly... Janna Nick rasa lebih baik diam atas dasar hormat

"Mungkin ada sedikit perselisihan faham, mungkin... saya cuma harap mereka kembali seperti dahulu, sebab hubungan mereka sangat indah.

"Saya tak rasa benda ini sebagai gimik untuk drama Leftenan Zana kerana drama itu sendiri sudah kuat, orang memang nak tengok!," katanya kepada mStar Online.

Ayda Jebat ditemui semasa pelancaran wajah baharu ANAS Kosmetik yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Isnin.

Penyanyi lagu Temberang ini dilantik menjadi wajah baharu untuk produk tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ayda berkata dia bakal muncul dengan single baharu bergenre balada tidak lama lagi.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online ini.

Ayda Jebat , Sheily Rusly , Janna Nick
Semua
Hiburan
Berita
Variasi