Siti Sarah tak ada kena mengena dalam isu bomoh - Misha Omar - Video | mStar

PENYANYI Misha Omar meminta orang ramai tidak mengaitkan nama Siti Sarah dalam isu fitnah membabitkan dirinya dengan tiga orang pengguna laman sosial.

Menurut Misha, kesilapan yang dilakukan oleh dua individu dikenali sebagai Zahar Bubu dan Fairuz Azwan itu bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi atau kelab peminat.

"Kalau saya ada masalah dengan Siti Sarah pasti saya sebut nama dia dalam sidang media sebelum ini. Tapi dia tak ada kena mengena dan tak buat apa-apa jadi kenapa perlu nak kaitkan Sarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua individu sebar fitnah mohon maaf... Misha tarik laporan polis, lega isu bomoh selesai

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah mahu jumpa Misha Omar, selesaikan isu bomoh

ARTIKEL BERKAITAN: "Maafkan saya, Misha" - Individu akui tuduhan guna 'Mak Esah' kerana terlalu emosi

"Dua individu yang tampil memohon maaf itu tidak mewakili mana-mana komuniti dan bersifat peribadi. Jika ada orang yang mengaitkan nama Sarah, saya rasa itu tidak baiklah... tidak baik untuk persahabatan kami!

"Kami bersahabat baik dan saya tak nak babitkan dia. Isu ini biar saya selesaikan dulu, nanti baru kami jumpa, borak-borak, gelak-gelak," katanya kepada mStar Online.

Misha Omar ditemui semasa sidang media pertemuan dan permohonan maaf fitnah netizen yang diadakan di Tovista, KL Eco City Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pertemuan itu, dua individu bertanggungjawab terhadap penulisan berbentuk fitnah terhadap Misha di laman sosial tampil hadir membuat permohonan maaf.

Pada Jumaat lalu, Misha memberi tempoh tujuh hari kepada beberapa individu untuk tampil membuat permohonan maaf tanpa bersyarat kepadanya atas tuduhan menggunakan khidmat bomoh untuk memenangi Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) lalu.

Pada AJL33, lagu Misha berjudul Sampai Bila ciptaan Sharon Paul dan lirik tulisan Shah Shamshiri dan Ahmad Fedtri Yahya mendapat tempat ketiga selain Misha dipilih sebagai pemenang kategori vokal Terbaik

Sementara itu, Misha memberitahu dia akan bertemu Sarah dalam masa terdekat kerana perlu menjalani latihan Konsert Soul Sisters yang bakal berlangsung awal April ini.

"Kami berjumpa minggu lepas ketika mempromosikan konsert tersebut di satu program televisyen. Insya-Allah kita akan jumpa juga nanti sebab sudah dalam rangka latihan untuk konsert itu," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Misha Omar , Siti Sarah
Semua
Hiburan
Berita
Variasi