suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Orang ingat saya sombong?” - Syazuwan Hassan sebenarnya pemalu, tak banyak cakap

PELAKON Syazuwan Hassan memberitahu dia merupakan seorang yang agak pemalu dan tidak banyak bercakap.

Menurut Syazuwan, karakter garang dan sifat pemarah yang dilakonkan dalam drama adalah tidak sama dengan dirinya.

"Sebenarnya saya tak sombong, kalau berjumpa depan-depan saya ini seorang yang pemalu dan tak banyak cakap.

"Kalau orang tengok dekat televisyen nampak saya macam pemarah atau garang, itu hanya lakonan sahaja. Sebenarnya saya okay sahaja tau!," katanya kepada mStar Online.

Mula mendaki tangga populariti dan semakin dikenali, pelakon drama Dia Menantu Rahsia ini berkata bakatnya sudah mula mendapat perhatian masyarakat.

Syazuwan mahu kembangkan karier lakonan.

Malah, ramai mula mengenalinya berbeza ketika di awal kemunculan dalam industri dua tahun lalu.

"Alhamdulillah, sekarang ini makin ramai kenal. Ramai yang mula tegur-tegur di laman sosial.

"Rezeki dalam bidang lakonan pun semakin baik. Syukur! Semoga penonton dan peminat dapat terus memberikan sokongan" ujarnya.

Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar Online ini.

Syazuwan Hassan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi