suria

"Biarlah orang nak ketawa, 'bahankan' saya" - Haqiem Rusli maafkan Drama Band walau kecil hati

PENYANYI Haqiem Rusli mengakui berkecil hati dengan tindakan kumpulan Drama Band menggunakan kisah kontroversi selebriti tempatan sebagai modal publisiti lagu terbaharu mereka.

Bagaimanapun Haqiem, 21, berkata kumpulan berkenaan mungkin mempunyai alasan mereka yang tersendiri untuk berbuat demikian.

“Mungkin Drama Band mempunyai mesej tertentu yang nak disampaikan, sama ada positif atau sebaliknya...kita tak tahu niat mereka.

"Tapi saya bersangka baik walaupun watak saya ada dalam tu. Sebagai seorang pengkarya saya kecil hati, tapi saya maafkan sahaja.

"Bagi saya kita jangan kacau orang, biarlah orang 'bahan' atau nak ketawakan saya. Janji saya tak kacau orang, kalau saya salah saya minta maaf, kalau mereka yang salah...saya maafkan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menerusi muzik video Drama Band berjudul Drama itu, ramai pihak termasuk golongan selebriti mentafsirkan watak-watak yang ditonjolkan mempunyai persamaan dengan kontroversi membabitkan artis.

Selain watak individu cuba menipu mengenai isu kemurungan yang dikaitkan dengan Haqiem, penyanyi Nabila Razali serta bekas peserta pertandingan Dewi Remaja iaitu Haneesya Hanee dan Ernisha turut terpalit sama.

Selain itu penyanyi yang terkenal dengan lagu Selamat Tinggal Sayang ini meminta agar tiada lagi isu seperti ini dimainkan mana-mana artis.

“Saya faham mungkin mereka nak beri nasihat melalui berkarya, cuma bagi saya cara itu macam tak betul kerana guna kisah lama orang lain dalam muzik video, kalau boleh... elakkan," katanya.

haqiem rusli, drama band


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi