suria

Seksa dengar cerita Fad Bocey sakit ‘slip disc’… Perlu masa untuk sembuh, terpaksa harap bantuan isteri

PELAWAK Fad Bocey dimasukkan ke hospital kerana penyakit slip disc yang dialaminya secara tiba-tiba pada 7 Julai lalu.

Berkongsi perkembangan terkini kesihatannya, Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam, 31, memberitahu dia kini dalam proses pemulihan dan perlu mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti lasak.

Sepanjang tempoh rawatan itu, Fad mengakui berasa sedih apabila melihat isterinya iaitu Syaheera Rahman perlu membuat kerja rumah seorang diri.

“Saya sebenarnya kasihan dengan isteri saya, yelah dia terpaksa banyak buat benda lain anak-anak pun saya tak boleh nak angkat.

“Sedikit sebanyak memang menganggulah kehidupan seharian, kerja, saya pun tak boleh nak memandu lebih dari 20 minit

“Saya tak nak rasa down, saya tak nak rasa menyusahkan semua orang tapi isteri saya selalu pesan dia selalu ada dengan saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Fad dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dn mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adzrain Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi