suria

Ali Puteh simpan cerita ‘dalam kain’, anggap isu dengan balu Abam sudah selesai

SELEPAS melalui pelbagai episod kontroversi, pelawak Ali Puteh berkata dia kini lebih matang dan mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni.

Menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, dia kini lebih tenang hadapi apa jua kecaman netizen selepas menerima nasihat dari rakan-rakan.

“Jadi kawan-kawan nasihat saya mereka cakap Ali ingat Allah itu ada sabarlah jangan tidak melulu lagi.

“Sebab kalau kita terlalu memikirkan benda tu dia akan jadi masalah pada kita, betul apa yang mereka cakap.

“Macam contoh Muzikal Lawak Superstar ini kalau saya memikirkan perkara tu sampai saya boleh hilang fokus untuk program buat apa.

“Jadi saya ambil langkah untuk enjoy dengan apa yang nak jadi sekarang untuk pertandingan macam ini saya perlu fokus sebab saya tahu ada mulut yang perlu saya suap,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ali berkata dia enggan lagi terlalu terbuka bercerita mengenai hal peribadi terutamanya hubungan dengan balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi