suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shashic tak jadikan gagap sebagai ‘senjata’ dalam lawak… Reda masih ada netizen komen hina

ADA yang menganggap gagap itu satu kelemahan, namun bagi pelawak Shashic itu merupakan kekuatan bagi dirinya.

Menurut Muhammad Noor Shashic Iewan, 31, kekuatan lawaknya bukan pada gagap yang dimilikinya, tetapi dia mempunyai punchline tersendiri ketika beraksi di pentas lawak.

“Dia senang cerita macamni, saya bukan gunakan gagap ni sebagai ‘senjata’ saya pun ada punchline tersendiri.

“Lawak gagap ni bukan saya rancang tapi orang dah terhibur nak buat macam mana mungkin itu rezeki saya yang Allah bagi.

“Kalau nak ikutkan saya dulu tak gagap seteruk sekarang pun orang tak gelak juga mungkin ini Allah uji saya, katanya kepada mStar.

Shashic bersama Nizam Jentik-Jentik dan Roy Azman membentuk kumpulan Bahroy dalam Muzikal Lawak Superstar musim ketiga.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi