suria

“Pelanggan tak rugi, melainkan untung sahaja!” - Vida claim jual beli produknya ikut trend ‘cedok’ patuh syariah

TREND jual beli cedok yang didakwa hukumnya haram menjadi perdebatan netizen di media sosial.

Salah seorang peniaga yang turut mengikut trend berkenaan ialah usahawan kontroversi Datuk Seri Vida atau Hasmiza Othman.

Kata Vida, 51, jual beli cedok yang dilakukan olehnya tidak meragukan kerana memberi keuntungan kepada pelanggan dan sangat berbeza dengan peniaga lain.

“Pada saya cedok-cedok ni yang kata gharar tu, pada saya punya sahajalah kalau pelanggan beli, tidak akan merugikan dia.

“Pelanggan saya takkan rugi melainkan akan untung sebab saya beri barang yang nilainya lebih dari apa yang dibayar dan lebih daripada apa yang saya promokan.

“Maksudnya dalam mencedok tu saya bagi lebih dan kalau saya offer di platform lain tak sama dan siapa yang selalu tengok live saya itu adalah giveaway saya kepada peminat sayalah, katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Vida juga berkata urusan jual beli cedoknya juga mempunyai unsur akad iaitu persetujuan di antara kedua belah pihak.

“Pada saya niat dan saya akad, okay apa yang bagi ni setuju tak... dan saya bagi tu lebih daripada harga sebenar dan tiada istilah haram pada saya kerana bagi saya ia cedok yang patuh syariah, ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi