suria

Ramai ajak Iqbal kahwin selepas dedah terlalu subur, rupanya ada impian miliki 2 isteri

USAHAWAN sensasi Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen dia media sosial apabila memuat naik kenyataan dirinya terlalu subur setelah membuat ujian kesuburan.

Cerita Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, walaupun doktor mengesahkan dirinya subur dan mudah mendapatkan zuriat, namun dia percaya bahawa rezeki anak itu datangnya daripada Allah SWT.

“Tentang subur macam mana pun kalau tiada rezeki pun tak guna... itu semua Allah yang tentukan.

“Dan saya tak boleh nak bercakap lebih-lebih sebab saya belum berkahwin.

“Orang yang dah berkahwin lebih tahu betapa susahnya nak dapat anak dan saya bukan pakar pun dalam bidang ni.

“Cuma saya harap bila cerita ni viral ia akan disambut oleh pihak yang lebih pakar untuk menjelaskan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Iqbal turut berkongsi jika suatu hari sudah berkahwin, dia mahu mempunyai lapan orang anak.

“Tak ramai, dalam lapan orang macam itu je,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi