suria

Boboy sentap tuduhan sekadar jual rupa ‘jambu’, nekad buat ‘comeback’ selepas 20 tahun

PENYANYI Naqiu menjelaskan kembalinya dia menganggotai kumpulan Boboy adalah kerana mempunyai satu misi yang perlu dilaksanakan.

Menurut Naqiu atau nama sebenar Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, dia dan anggota kumpulan lain mempunyai satu misi iaitu untuk masyarakat di luar sana mengenali mereka sebagai sebuah band yang boleh bermain muzik dan bukan sekadar menjual rupa ‘jambu’ (comel).

“Kami ada satu misi yang tergendala sebenarnya... kami nak buktikan pada orang bahawa Boboy ni adalah sebuah band bukannya menjual rupa.

“Sebab dulu memang banyak sangat benda ni orang cakap bubar sajalah band budak-budak ni semua jual rupa bukan boleh main muzik pun.

“Kami ada misi tu, kami tak sempat selesaikan misi tu dulu jadi sekarang kami ada peluang kedua dan kami ada platform itu, insyaAllah kami cuba untuk membuktikan benda tu iaitu Boboy adalah betul-betul sebuah band,”katanya kepada mStar.

Terbaharu, Boboy telah mengeluarkan single terbaru bertajuk Tetap Bersama pada 22 Julai lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi