suria

Setahun kes saman 5 sekawan… Siti Nordiana lebih berhati-hati, tak mudah percaya orang

KES saman lima sekawan membuatkan penyanyi Siti Nordiana lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana takut perkara sama berulang kembali.

Kata Nana, ekoran kejadian itu dia sukar untuk meletakkan kepercayaan seratus peratus kepada kawan kerana khuatir akan menjadi mangsa tikam belakang.

“Sebenarnya bagi Nana memang kita kena sentiasa hati-hati bila berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Segalanya harus bersederhana sebab walau bagaimanapun kita perlu ada batas-batas.

“Itu yang Nana pelajari, bukan dalam kes lima sekawan ni je sebab sebenarnya sebelum ini pun perkara seperti ini normal dalam berkawan, apa pun kita jangan mudah percaya pada kawan,” kata Nana pada mStar.

Sebelum ini, lima sekawan iaitu Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin disaman sebanyak RM2.5 juta oleh Siti Nordiana. Kes masih lagi dalam Perbicaraan Mahkamah tinggi dan berlangsung genap setahun.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi