suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Ryan Bakery, netizen angkat TikToker Ume Cikin pula… ada kata macam Khairul Aming versi perempuan

PERSONALITI TikTok Ume Cikin dipuji netizen kerana tidak membuat content negatif untuk meraih populariti.

Cerita Ume Cikin atau nama sebenar Ume Nur Ashikien M. Azhar, 29, dia tampil menghasilkan content yang mampu memberi mesej positif kepada masyarakat di luar.

“Kalau saya buat content, saya nak bagi moral dan nilai positif dekat orang di luar sana.

“Saya tak nak melibatkan content yang negatif... sebab apa yang kita post dekat Facebook, Instagram atau Tiktok semua tu akan jadi tatapan umum.

“Jadi saya tak naklah benda tu jadi kecaman orang lepastu kita pun dapat tempias,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Ume merupakan graduan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam bidang kejuruteraan sejak tahun 2016.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi