suria

Dua kali keguguran selepas mimpi didatangi ular tedung, Zul 2 By 2 dan isteri anggap belum rezeki timang anak

ISTERI kepada Zul 2 By 2 iaitu Intan Maya mendedahkan dia mengalami mimpi aneh yang menakutkan sebelum keguguran kali pertama selepas berkahwin dengan penyanyi itu pada Februari lalu.

Ujar Intan, 39, dalam mimpi tersebut dia hampir dipatuk ular tedung berwarna hitam dan merah di sebuah perkampungan orang asli sebelum menyedari dirinya keguguran.

“Saya mimpi ular tedung warna hitam dan merah, suasana masa itu perkampungan orang asli... saya jatuh daripada lereng bukit dan masa nak bangun tu ternampak ular tu.

“Tapi ular itu tak sempat nak patuk sebab saya sebut Ya Allah, lepas itu ular tu pergi dan bangun pagi tu rasa sakit rupanya keguguran,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zul 2 By 2 meluahkan rasa kecewa dengan insiden yang berlaku namun akur dengan takdir yang telah tertulis kepada dia isteri.

“Memang benda itu berlaku siapa je yang tidak kecewa kan... tapi memang tengah berusaha juga apa yang boleh buat kan, sebagai suami saya kena faham,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi