suria

Video OOTD nampak ‘baby bump’, peminat syak isteri Remy Ishak sudah hamil… “Remy junior is coming”

Netizen dakwa nampak baby bump isteri Remy Ishak.

ISTERI kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof mendapat perhatian ramai apabila didakwa sudah berbadan dua.

Menerusi Instagram, Ezza memuat naik video dirinya menggayakan koleksi tas tangan dan kasut, namun apa yang menarik perhatian netizen ialah perubahan pada bahagian perut seperti terlihat 'baby bump'.

Justeru itu, ramai pengikut meninggalkan komen tahniah dan berharap agar Ezza benar-benar hamil.

WhatsApp Image 2023-03-01 at 1.33.20 PM

Antara komen yang ditulis netizen.

"Tahniah, perut nampak kecil. Sama macam saya. Waktu hamil perut tak nampak sangat walaupun dah sarat.

"Maaf saya tidak tengok kasut awak, tapi saya tengok awak punya baby bump. Comelnya awak.

ARTIKEL BERKAITAN: Menggeletar ditemu bual media, masalah kesihatan mental Remy Ishak belum pulih

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak belum sedia timang anak, takut 'terkenan' watak benci kanak-kanak... Bertenang dulu sehingga habis drama

"Nampak baby bump! Comel. Semoga sihat-sihat sahaja.

"Alaa makin membesar dah tak boleh sorok baby... Remy junior is coming," komen netizen.

Video pendek OOTD yang dimuat naik Ezza itu menerima lebih 6,000 tanda suka daripada pengikut.

ezza2 - 1

Peminat mendoakan yang terbaik buat Remy dan Ezza.

Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 41, gagal apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Untuk rekod, Remy bernikah dengan Ezza di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain