suria

Ikmal Amry reda kena kecam, hanya berkarya dalam filem ‘Pulau’… “Saya tak buat apa-apa salah”

Ikmal Amry berlapang dada dengan komen negatif dari netizen.

DIKRITIK kerana membintangi filem Pulau, pelakon Ikmal Amry berkata dia berlapang dada menerima sebarang komen negatif daripada netizen.

Meskipun namanya sedikit terjejas, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 29, berkata kecaman yang diterima itu juga merupakan satu bentuk pemasaran yang baik.

"Bad marketing is marketing juga bagi saya. Saya bersyukur walaupun belum ditayangkan ia dah hangat diperkatakan.

photo_6073273796418189694_y

Antara babak Ikmal Amry dalam filem Pulau.

"Marketing percuma untuk diri saya walaupun sedikit buruk tapi apa yang saya tahu saya tak lakukan apa-apa yang salah.

"Cuma korang kena beri peluang kepada kami untuk terus berkarya dan apa yang ingin kami sampaikan. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari filem ini," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai filem tersebut, Ikmal memberitahu dia berpuas hati dengan apa yang telah diusahakan di dalam filem berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry tahu batas sebagai pelakon, usah sensasikan babak tayang badan dalam filem ‘Pulau’

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry mohon maaf kepada mangsa kemalangan, kurang rehat punca kereta terbabas

Malah dia teruja menanti reaksi daripada penonton susulan kontroversi yang berlaku sebelum ini.

"Saya sebenarnya lebih tertunggu-tunggu apa reaksi penonton tapi saya berpuas hati dengan hasil kerja saya dan apa yang telah saya korbankan untuk watak di dalam filem ini.

"Alhamdulillah saya berjaya hasilkan filem ini dengan baik," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ikmal turut memberitahu bahawa dia turut melalui pelbagai cabaran semasa menjalani penggambaran malah dirinya turut terluka semasa menjayakan watak berkenaan.

298383030_752531916020601_5962140567184286992_n

Ikmal anggap kritikan pemasaran yang baik.

Lebih unik lagi apabila segala babak yang dilakonkan oleh Ikmal tidak menggunakan pelakon aksi.

"Bagi saya filem ini agak mencabar kerana terpaksa berenang, agak susah kerana saya hanya perenang kampung.

"Saya masukkan kaki ke dalam laut pun dah luka-luka tapi saya berpuas hati dapat segala luka untuk filem yang seperti ini," ujarnya.

Selain Ikmal, filem Pulau turut menampilkan pelakon Amelia Henderson, Alif Satar, Ms Puiyi, Mark O'Dea dan Vikar.

Filem Pulau mula ditayangkan di pawagam pada Khamis, 9 Mac.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain