suria

Ikmal Amry tahu batas sebagai pelakon, usah sensasikan babak tayang badan dalam filem ‘Pulau’

Ikmal sedia terima pandangan penonton.

SUSULAN babak panas yang dikatakan kurang sesuai ditayangkan dalam filem Pulau, salah seorang pelakonnya iaitu Ikmal Amry menyerahkan kepada penonton untuk membuat penilaian mengenai filem seram itu.

Bagi Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 29, perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan dan penonton mempunyai hak untuk tidak ke pawagam jika kurang bersetuju dengan adegan dalam filem berkenaan.

"Kalau ada yang tak suka tak perlu tengok. Anda yang membeli tiket wayang, jadi ada pilihan untuk pergi pawagam atau tidak.

ikmal 1

Ikmal tak mahu penonton terlalu cepat menjatuhkan hukum terhadap filem Pulau.

"Setiap filem pasti ada cara promosi mereka sendiri dan memanglah perlu nampak gempak supaya ramai penonton. Sekiranya tidak bersetuju dengan karya begitu ia terpulang kepada penilaian anda," katanya kepada mStar.

Mengetahui batas yang perlu dijaga, Ikmal berkata dia sudah memaklumkan kepada pengarah Euho untuk tidak terlibat dengan babak-babak keterlaluan.

Malah, babak dia menayang badan juga tidak perlu dijadikan bahan sensasi kerana dia hanya berbuat demikian jika ada babak yang memerlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry mohon maaf kepada mangsa kemalangan, kurang rehat punca kereta terbabas

ARTIKEL BERKAITAN: Handsome adik Amelia Henderson... Alex setuju berlakon filem selepas dipujuk kakak

"Sejak awal penggambaran filem tersebut saya sudah beritahu enggan terlibat dengan babak-babak sebegitu. Kalau buka baju pun hanya mengikut keperluan.

"Susah nak halang orang bercakap tentang perkara ini. Kalau ada peminat saya, tontonlah sebab lakonan saya dan jangan menghakimi hal yang lain," ujarnya.

Selepas taeser filem Pulau mula ditayangkan minggu lalu, banyak pihak yang mula memberi kritikan kerana memaparkan aksi keterlaluan yang dianggap tidak sesuai dengan norma masyarakat Malaysia.

Susah nak halang orang bercakap tentang perkara ini. Kalau ada peminat saya, tontonlah sebab lakonan saya dan jangan menghakimi hal yang lain

IKMAL AMRY

PELAKON

Malah ada yang mula menyuarakan pendapat agar kebenaran tayangan filem ini ditarik semula sebelum ia mula ditayangkan pada 9 Mac nanti.

Selain Ikmal, filem itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Joey Leong, Mark O'Dea dan Sanjna Suri.

Bercakap lanjut mengenai filem itu, kata Ikmal dia terpaksa melakukan rawatan menggelapkan warna kulit (tanning) supaya sesuai dengan latar belakang pulau dalam karya tersebut.

ikmal 3

Ikmal tahu menjaga batas dalam lakonan.

"Pengarah call beritahu watak saya bawa tu seorang yang suka berenang dan meredah hutan. Jadi saya pergi tanning sikit warna kulit.

"Kalau tak tanning nanti tak sesuai sebab mana ada orang yang suka aktiviti lasak tetapi kulit cerah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain