suria

Alif Satar tidak terlibat babak panas dalam filem ‘Pulau’, syukur pengarah sangat memahami

Alif Satar tidak terlibat dengan adegan panas dalam filem Pulau.

BELUM pun ditayangkan, filem Pulau telah menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial kerana didakwa mengandungi adegan panas dan pemakaian kurang sesuai untuk tontonan masyarakat Malaysia.

Mengulas mengenai perkara itu, bintang utama Alif Satar memberitahu pengarah filem iaitu Euho sangat menghormati pendirian pelakon sepanjang penggambaran filem berkenaan.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, menjelaskan adegan mesra yang menjadi bualan ramai itu dilakonkan oleh pelakon bukan beragama Islam.

Alif merupakan watak utama dalam filem berkenaan.

"Alif terkejut sebab mereka sangat memahami. Dalam masa sama rasa gembira juga sebab pengarah faham dan sebab itu saya tiada lakonkan babak yang pelik dalam filem Pulau.

"Watak yang saya bawa ni pun hampir sama dengan diri saya yang sebenar. Jadi saya tidak terlibat dengan babak panas tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan penggambaran, Alif Satar bawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ikut tercungap-cungap tengok Alif Satar selesaikan ujian ECG, persiapan awal sertai Ironman kali kedua

"Pengarah dah pilih pelakon bangsa lain untuk bawa babak panas itu. Sebab itu, pelakon filem ini menampilkan masyarakat majmuk dan datang dari pelbagai latar belakang," katanya kepada mStar.

Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Pulau yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum ini netizen mengecam filem ini kerana terdapat babak panas dan gaya pemakaian pelakon dikatakan menjolok mata.

Isu ini turut menarik perhatian pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengkaji semula tayangan filem ini.

Dalam pada itu, Alif memberitahu dia ada melakukan perbincangan dengan pengarah jika aksi yang dilakonkan itu tidak bersesuaian dengan budaya Malaysia.

Alif tidak terlibat dengan adegan panas

"Saya dah agak akan ada kerisauan macam ni. Tetapi kalau saya rasa tak sesuai dengan babak tu, saya akan beri pendapat kepada pengarah dan minta tukar.

"Setakat ini pendapat yang saya beri Alhamdulillah pengarah terima," katanya.

Selain Alif, filem Pulau turut menampilkan pelakon Amelia Henderson, Ikmal Amry, Ms Puiyi, Mark O'Dea dan Vikar.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain