suria

Tunduk permintaan netizen, cinta Lee Jae Wook dan Karina hanya bertahan 5 minggu

Hubungan Jae Wook dan Karina hanya bertahan lima minggu.

PERCINTAAN selebriti Lee Jae Wook dan anggota kumpulan Aespa iaitu Karina berakhir dengan perpisahan selepas lima minggu mengumumkan hubungan mereka secara terbuka.

Berita tersebut disahkan pihak pengurusan kedua-dua pelakon berkenaan yang memaklumkan pasangan itu secara rela hati menamatkan hubungan mereka.

"Jae Wook memilih berpisah kerana mahu memberi tumpuan kepada projek yang akan datang.

2564306

Jae Wook dan Karina bawa haluan masing-masing.

"Mereka akan kekal sebagai kawan dan menyokong antara satu sama lain," katanya.

Bagaimanapun peminat percaya pasangan itu mengakhiri hubungan mereka kerana sering menerima komen jahat netizen yang tidak senang melihat hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya agensi sahkan Lee Jae Wook dan Karina Aespa sedang bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Lee Jae Wook ditentang, peminat hantar trak depan agensi paksa Karina Aespa mohon maaf

Malah ramai meminta mereka berpisah kerana merasakan Jae Wook dan Karina tidak sepadan.

Sebelum ini, Jae Wook dan Karina mula rapat apabila bertemu dan jatuh cinta ketika sama-sama menghadiri Minggu Fesyen Milan pada Januari lalu.

Percintaan mereka semakin hangat diperkatakan apabila kedua-dua mereka dilihat menghabiskan waktu bersama di Seoul, milan dan Itali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain