suria

Video reunion tular, netizen bandingkan wajah Nicholas Saputra dengan rakan sekolah

Video reunion bersama rakan sekolah Nicholas tular di media sosial.

PELAKON Nicholas Saputra mencuri perhatian ramai apabila video pertemuan semula (reunion) bersama rakan-rakan sekolahnya viral di media sosial. 

Menerusi video tular tersebut, pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu disambut meriah oleh rakan-rakan lamanya, malah mereka dilihat tidak segan memberikan pelukan mesra kepada aktor berusia 41 tahun itu.

Meskipun sudah lama tidak bertemu, hubungan Nicholas dan rakan-rakan sekolahnya dilihat begitu akrab sekali gus masing-masing dilihat mengimbau kembali zaman persekolahan. 

Nicholas dipuji awet muda walaupun sudah berusia 40-an.

Namun, apa yang mencuri tumpuan netizen adalah penampilan Nicholas yang dikatakan masih awet muda meskipun usianya sudah memasuki awal 40-an. 

Rata-rata netizen berseloroh membandingkan wajah Nicholas dengan rakan-rakan sekolahnya itu. 

"Umur makin berusia tetapi kenapa muka dia (Nicholas) tidak tua-tua ya, caranya seperti menziarahi rumah makcik dan pakcik pula. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nicholas Saputra cipta kelainan, pertaruhkan suara dalam filem muzikal

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak senang duduk, Nicholas Saputra ‘belanja’ gambar ‘shirtless’

"Gaya dia (Nicholas) seperti cucu pertama yang pulang ke rumah disambut oleh pakcik dan makcik," tulis netizen. 

Sementara itu, ramai juga membuat andaian bahawa rahsia awet muda Nicholas adalah gaya hidup sihat yang diamalkannya, selain faktor genetik dan rupa parasnya yang memang tampan sejak dulu.

"Nicholas nampak kekal muda mungkin kerana dia jaga makan dan selalu bersenam, disebabkan itu wajahnya selalu tenang saja. 

"Dari dulu lagi memang Nicholas seorang yang kacak, tak hairanlah sampai tua pun dia masih tampan," tambah netizen. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain