GARA-GARA mengintai bawah skirt seorang anggota KissBee, seorang peminat diharamkan seumur hidup daripada menghadiri mana-mana acara kumpulan itu.
Menurut laporan Koreaboo, peminat terbabit cuba mengambil gambar bahagian bawah skirt ahli kumpulan secara diam-diam.
Bagaimanapun, pihak pengurusan segera mengesan perbuatan itu dan peminat tersebut mengaku apabila disoal siasat semasa acara berlangsung.

Insiden tersebut dipercayai memberi trauma kepada ahli KissBee.
Identiti ahli yang terlibat dirahsiakan sepenuhnya bagi menghormati maruahnya.
Susulan kejadian, pihak pengurusan mengambil langkah tegas dengan melarang peminat berkenaan hadir ke semua acara KissBee sebagai langkah keselamatan.
Laporan polis dibuat segera selepas kejadian, namun lelaki itu tidak ditahan kerana perbuatannya tidak diklasifikasikan sebagai voyeurisme di bawah undang-undang Jepun.
ARTIKEL BERKAITAN: Makin susut, Aditya kongsi pertemuan terakhir bersama Ammar Zoni sebelum dipindahkan ke penjara paling digeruni
ARTIKEL BERKAITAN: Viral menyanyi sumbang, netizen desak Vivian Chow bersara
Kumpulan KissBee meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak polis, namun pihak berkuasa memaklumkan mereka hanya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya insiden sama berulang pada masa hadapan.
Sekadar info, voyeurisme merujuk perbuatan mengintai atau memerhati seseorang secara rahsia terutamanya ketika mereka menukar pakaian, mandi atau berada dalam keadaan peribadi tanpa kebenaran individu berkenaan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


