suria

“Tiada kehamilan sebelum nikah” - Agensi pertahan Shin Min Ah

Pihak agensi Shin Min Ah tenangkan segala spekulasi netizen.

PELAKON Korea SelatanShin Min Ah berdepan serangan netizen sebaik sahaja mengumumkan perkahwinannya dengan aktor Kim Woo Bin.

Malah pengumuman mengejutkan itu menimbulkan spekulasi kononnya aktres berkenaan sudah berbadan dua sebelum berkahwin.

Lebih menguatkan spekulasi itu apabila Min Ah tampil di sebuah acara dengan mengenakan pakaian longgar selain kelihatan sedikit berisi, sekali gus mengundang pelbagai andaian dalam kalangan netizen. 

Netizen lihat perubahan bentuk tubuh Shin Min Ah.

Bagaimanapun agensinya tampil menafikan dakwaan tersebut.

"Tiada kehamilan sebelum nikah sama sekali," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun setia bersama, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin kahwin Disember ini

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Woo Bin diam-diam belanja peminat makan malam mewah

Sebelum ini Min Ah dan Woo Bin mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 20 Disember ini.

Untuk rekod, pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak 2015 dan semakin utuh apabila Woo Bin berdepan masalah kesihatan pada 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain