suria

Hampir tak percaya, ibu Virgoun kejang selepas tahu kes Inara Rusli

Eva (kiri) terkejut mendengar kontroversi melanda Inara.

IBU kepada penyanyi Virgoun, Eva Manurung akhirnya bersuara berhubung dakwaan perselingkuhan yang mengaitkan bekas menantunya, Inara Rusli dengan seorang lelaki berstatus suami orang. 

Memetik laporan Kompas, Eva terkejut selepas mengetahui kes itu bukan sahaja dilaporkan kepada pihak berkuasa, malah turut dibincangan menerusi podcast Richard Lee. 

“Selepas doktor Richard pun dah cakap begini, begitu (temu bual podcast), itu yang buat saya kejang. Tangan saya pun menggeletar. 

Inara didakwa sudah bernikah lagi.

‘Eh, betul?’ Rasa macam antara mimpi dengan kenyataan tak pasti apa yang sebenarnya berlaku,” ujarnya.

Dalam pada itu, Eva mengakui pada mulanya dia sukar mempercayai khabar tersebut dan tidak menyangka gosip yang berkenaan rupanya benar-benar berlaku. 

“Sebenarnya waktu itu saya masih berprasangka. Saya fikir, apa ni… berita palsu agaknya. 

"Perasaan saya macam itulah. Tak sangka pula berita yang dikaitkan dengan Inara sampai macam ni,” ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita dah kahwin Ogos lalu, berdepan hukuman penjara kerana nikah tanpa izin isteri pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dituduh berzina dengan suami orang, Inara Rusli tampil mohon maaf

Sebelum ini, seorang pempengaruh bernama Wardatina Mawa tampil membuat laporan polis, mendakwa suaminya, Insanul Fahmi, menjalin hubungan dengan Inara.

Mawa juga mendakwa dia mempunyai bukti kukuh termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suaminya melakukan perbuatan zina dengan penyanyi itu.

Kontroversi kembali hangat apabila dikatakan Inara sudah bernikah dengan lelaki berkenaan.

Pengakuan tersebut dibuat sendiri oleh Insanul yang memberitahu bahawa dia telah menjadi suami kepada Inara pada Ogos lalu dan pernikahan mereka dilakukan secara sembunyi.

Untuk rekod, Inara Rusli bercerai dengan Virgoun pada 2023 selepas didakwa menjadi mangsa kecurangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia