PELAKON Amanda Monopo berdepan situasi menjijikkan apabila diraba oleh individu tidak dikenali.
Berkongsi video kejadian itu, Amanda, 26, menganggap tidakan luar kawalan itu sebagai satu bentuk gangguan seksual yang tidak seharusnya berlaku.
"Sebelum tragedi buah dada saya diramas," tulisnya pada ruangan kapsyen sebuah video.
Amanda tidak melenting apabila terkena gangguan seksual.
Menerusi hantaran tersebut dia kelihatan baru sahaja turun daripada kereta ketika tiba dia lokasi penggambaran.
Kejadian dikatakan berlaku di daerah Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Biarpun diiringi oleh petugas keselamatan, namun keadaan menjadi tidak terkawal apabila peminat berpusu-pusu untuk bertemu dan bersalam dengannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Siti Badriah tarik rambut pembantu rumah, netizen sifatkan tak berperikemanusiaan
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon sinetron ugut ‘kekasih’, sebar video intim jika gagal bayar
Disebabkan terlalu ramai, Amanda sendiri tidak dapat mengesan pelaku yang sengaja meramas bahagian dadanya.
Biarpun begitu ramai yang memuji Amanda kerana bijak berdepan situasi sebegitu dan masih mampu tersenyum.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube