suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon sinetron ugut ‘kekasih’, sebar video intim jika gagal bayar

Rayyan ditahan pada Jun lalu.

PELAKON Indonesia, Rayyan Al Kadrie ditahan pihak berkuasa pada Jun lalu atas dakwaan melakukan ugutan terhadap kekasihnya. 

Balai Polis Bandar Jakarta Pusat mengesahkan perkara berkenaan pada Rabu yang memaklumkan kes berkenaan masih  dalam siasatan. 

Rayyan, 32, berdepan tuduhan melakukan ugutan terhadap kekasihnya yang juga merupakan seorang lelaki. 

Kes Rayyan masih dalam siasatan. 

Hasil sisasatan awal, pihak polis memberitahu tindakan tersebut berpunca daripada sikap cemburu Rayyan yang mengetahui kekasihnya ada hubungan dengan lelaki lain. 

Rayyan dikatakan meminta sejumlah wang dan mengugut akan menyebarkan video hubungan intim mereka jika pasangan itu enggan menyerahkan duit. 

"Dia meminta sejumlah wang dan mengugut mangsa. Jika tidak diberikan video hubungan intim mereka tersebar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sekadar rakan sekerja, Teuku Ryan bukan kekasih muda Olla Ramlan 

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Hadju tolak banyak tawaran berlakon, enggan terlibat babak intim

"Dua telefon bimbit berisi enam video pendek hubungan intim disita sebagai bahan bukti," jelas wakil polis. 

Video Rayyan sebelum ini tular di media sosial apabila dia ditahan ketika sedang tidur di tempat duduk belakang sebuah van. 

Dia kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan dan mengaku telah menerima wang daripada kekasihnya berjumlah kira-kira RM2,000. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain