suria

Saman pemilik restoran kerana salah guna wajah, peminat kesal Park Seo Joon 'berkira' sangat

Park Seo Joon tak terima wajah dan namanya digunakan sesuka hati.

PELAKON Park Seo Joon menarik nafas lega apabila tindakan undang-undang yang diambil terhadap pemilik restoran memihak kepadanya.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Korea Selatan selepas mendapati pemilik berkenaan bersalah dalam pelanggaran hak potret Seo Joon.

Ia ekoran individu tersebut menggunakan wajah Seo Joon dalam mempromosikan restoran miliknya selepas dia menaja lokasi penggambaran drama What's Wrong With Secretary Kim? pada tahun 2018.

Kain rentang yang memaparkan foto dan nama Seo Joon.

Malah pemilik berkenaan turut menghasilkan kain rentang menggunakan beberapa slogan yang memaparkan nama Seo Joon.

"Restoran tempat Park Seo Joon makan ketam.  Hidangan ketam yang Park Seo Joon jatuh cinta," memetik laporan Korea Boo.

Kain rentang tersebut dipaparkan sejak Ogos 2019 sehingga September 2024 dan turut diiklankan di beberapa laman web.

Susulan itu, mahkamah mengarahkan pemilik berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM15,516 (5 juta Won) dan menurunkan papan iklan yang menggunakan nama selebriti itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mulia hati Park Seo Joon, tanggung kos pembedahan kanak-kanak hidap tumor otak

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Joon pernah dikritik kerana wajah biasa-biasa, disaran buat pembedahan plastik

Bagaimanapun, tindakan Seo Joon itu bukan sahaja mengejutkan peminatnya namun rata-rata mengaku kecewa dengan sikap angkuh yang ditunjukkan.

"Mengecewakan! dia betul-betul kedekut.

"Park Seo Joon ini betul-betul pendendam, dia ingat untung ke jual ketam?," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain