suria

Suami mengaku masih bujang padahal dah ada bini, rahsia terbongkar selepas 12 hari bernikah… Inara Rusli akui tertipu

Inara terlihat sedih ketika sidang media.

PENYANYI Inara Rusli tampil bersuara mengenai dakwaan dirinya sudah bernikah secara rahsia bersama seorang usahawan dikenali sebagai Insanul Fahmi.

Inara berkata, dia sebenarnya sudah bernikah secara rahsia dengan jejaka itu pada 7 Ogos lalu, namun memilih untuk berpisah selepas tiga bulan bersama.

Perkara itu dimaklumkan peguam Inara iaitu Putra Kurniadi dalam sebuah sidang media.

Inara ditemani peguamnya semasa melakukan sidang media.

Katanya keputusan itu dibuat selepas menerima mesej daripada isteri Insanul iaitu Wardatina Mawa mengenai status perkahwinan lelaki berkenaan.

Jelasnya, kebohongan Insanul terbongkar selepas 12 hari mereka bernikah serta rasa tertipu dengan lelaki yang mendakwa masih bujang itu.

"Pada 19 Ogos, Inara menerima mesej di Instagram daripada Mawa. Dalam mesej tersebut, Mawa bertanya jika Inara menjalinkan hubungan dengan suaminya selain mengakui sudah lima tahun berkahwin," katanya.

Lelaki itu kemudian merayu dan memberi alasan rumah tangganya tidak bahagia serta mendakwa sudah bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli akhirnya bersuara, tampil buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun bawa anak lari, dakwa simpan video Inara Rusli berzina

Bagaimanapun, selepas dipujuk, Inara memilih untuk bertanya sendiri kepada Mawa namun lebih mengejutkan, apabila dia diberitahu tiada sebarang perceraian berlaku dan rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik.

Kontroversi membabitkan Inara mula timbul selepas isteri pertama Insanul tampil membuat laporan polis mendakwa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi itu. 

Insanul kemudian dalam satu temu bual menafikan perbuatan zina dengan Inara dan memberitahu mereka sah bergelar suami isteri pada Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia