suria

Satu keluarga nekad mahu derma otak Bruce Willis selepas meninggal dunia

Keluarga Bruce sepakat mahu mendermakan otak aktor itu.

KELUARGA kepada pelakon veteran Hollywood, Bruce Willis, meluahkan hasrat untuk mendermakan otak aktor itu selepas kematiannya. 

Pengumuman yang dibuat isterinya, Emma Heming Willis itu nyata mengejutkan peminat di seluruh dunia.

Sebelum ini Bruce, 70, mengambil keputusan untuk bersara sebagai pelakon sejak 2022 selepas disahkan menghidap aphasia atau kecederaan pada bahagian otak yang mengawal pertuturan.

Bruce menderita penyakit frontotemporal dementia (FTD).

Setahun kemudian, doktor mengemaskini diagnosis kepada frontotemporal dementia (FTD), iaitu penyakit neurodegeneratif yang perlahan-lahan menjejaskan kemampuan bahasa, tingkah laku dan personaliti.

Dalam buku terbaharunya, The Unexpected Journey, Emma berkongsi keluarga mereka sepakat untuk menyumbangkan otak Bruce selepas pemergiannya bagi membolehkan pakar perubatan mengkaji dengan lebih mendalam kesan sebenar FTD.

Menurut penyelidik, sumbangan seumpama itu dapat membantu komuniti saintifik mengenal pasti perubahan dalam otak seperti kehadiran protein tidak normal, mutasi dan perubahan struktur yang sukar dikesan melalui kaedah biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan satu keputusan mudah, ada sebab isteri pindahkan Bruce Willis ke rumah berasingan

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Moore kagum ketabahan Emma Heming jaga Bruce Willis

Bagi keluarga Bruce serta bekas isterinya Demi Moore dan lima anak perempuan aktor tersebut, biarpun keputusan itu sesuatu yang menyedihkan namun mampu menjadi sumbangan bermakna kepada dunia perubatan.

Mereka turut berharap pendedahan ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit FTD. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia