DEMI mencari rezeki buat diri sendiri dan keluarga, penyanyi Pinkan Mambo sekali lagi menunjukkan aksi luar biasa dalam persembahan sehingga menjadi perhatian ramai.Apa tidaknya, menerusi video yang tular di media sosial, Pinkan dilihat membuat persembahan di atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan. Malah dia juga dilihat beberapa kali terbaring di atas jalan raya tanpa mempedulikan cuaca panas dan terus menyanyi dengan penuh semangat.Pinkan tetap bersemangat dengan cuaca panas.Perbuatan itu turut menarik perhatian pengguna jalan raya dan dilaporkan menyebabkan kekecohan serta kesesakan lalu lintas.Bagaimanapun ini bukan kali pertama Pinkan berkelakukan seperti ini kerana dia sememangnya dikenali dengan persembahan penuh kejutan di pelbagai platform media sosial.Dia juga mengakui sengaja melakukan tindakan luar biasa sebagai hiburan penonton media sosial selain ingin kekal releven.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengamuk jalan sesak gara-gara Pinkan Mambo nyanyi tepi jalanARTIKEL BERKAITAN: Pinkan Mambo sewa rumah RM800 sehari, Atta Halilintar jadi inspirasiMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan penyanyi dangdut itu."Saja sebabkan kesesakan jalan raya, risau kena langgar."Kesian jadi artis nak cari rezeki sampai macam ini, patut pakai baju panjang sikit," antara komen netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube