MUSIM cuti sekolah bakal bermula tidak lama lagi dan seperti kebiasaan, tempoh itu menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk membawa anak lelaki berkhatan.
Seorang pembantu klinik berkongsi pengalamannya berdepan situasi kurang selesa apabila masih ramai datang untuk berkhatan pada usia remaja.
Menurutnya, terdapat kes remaja lelaki berumur 15 hingga 17 tahun yang baru dibawa oleh ibu bapa ke klinik untuk menjalani prosedur tersebut.
Aktiviti menyiram dan berendam dalam air cukup popular dalam kalangan kanak-kanak yang akan berkhatan. -Gambar hiasan AI
"Kepada yang ada anak lelaki, sunatkan anak tu awal. Aku kerja di klinik, ramai yang datang nak sunat umur 15, 17 tahun.
"Ini dah kira dewasa. Harga makin mahal, prosedur lagi leceh, budak makin malu," kata pembantu klinik tersebut yang merupakan seorang wanita.
ARTIKEL BERKAITAN: Berapa umur terbaik khatan anak lelaki? Ini teknik, 5 aspek penjagaan selepas bersunat ibu bapa perlu tahu
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis serang majlis khatan bayi dilahirkan ‘kekasih gelap’ bapa, bergelut sampai cedera... Famili nenek subahat rahsiakan skandal
Wanita itu juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak terlalu mengikut kehendak anak yang enggan berkhatan ketika kanak-kanak.
“Ada ibu bapa yang terlalu ikutkan anak sampai dah dewasa baru nak sunat.
"Dari segi fizikal pun dah jelas, sampai dah tumbuh bulu dah. Takkan tak baligh lagi," katanya.
- Cuti sekolah jadi masa popular untuk berkhatan.
- Masih ada remaja 15 hingga 17 tahun baru datang sunat.
- Sunat lewat lebih mahal dan rumit.
- Remaja lebih malu sebab semakin meningkat dewasa.
- Netizen anggap usia itu terlalu lewat.
Tambahnya, berkhatan pada usia lebih awal bukan sahaja memudahkan proses rawatan, malah lebih selesa untuk kanak-kanak dari segi emosi dan pemulihan.
Perkongsian itu mengundang rasa terkejut dalam kalangan netizen yang berpandangan usia belasan tahun sudah terlalu lewat untuk berkhatan.
"Baru dengar umur dah lewat macam tu baru nak sunat. Kami ni sebab orang kampung kot, waktu kecil dah beramai-ramai sunat.
"Tu dia dah besar panjang dah baru nak sunat. Anak saya semua lelaki memang sunat masa umur empat, lima tahun," antara komen netizen.


