DISEBABKAN cinta, ada segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat hati orang yang disayangi walaupun ada kalanya ia bertentangan dengan hukum agama.
Di laman Threads, seorang pengusaha spa serta tukang urut tradisional berkongsi pengalamannya didatangi seorang klien wanita muda yang ingin melakukan mandi bunga untuk membuatkan lelaki dicintainya angau.
ARTIKEL BERKAITAN: Sedang angau bercinta, suami ‘warning’ isteri jangan ‘usik’ ex-GF! Ugut halau anak, mak mentua sakit keluar rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu angau bercinta dengan pemuda kerja di London, terpesona tengok gaji juta-juta! Anak komplot dengan rakan demi halang hubungan
"Customer anak dara datang, nak mandi bunga. Katanya angau dekat laki orang... laki orang tu dah putuskan hubungan. Tapi dia tak boleh lupakan.
"Dia tanya saya, boleh tak mandi bunga ni untuk buatkan laki orang tu gila balik dekat dia. Saya cakap saya tak buat," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

Ada yang percaya aura yang baik dapat membuka jalan kepada jodoh yang serasi.
Ujarnya, sebagai perawat tradisional yang berpengalaman, dia seolah-olah dapat menghidu sesuatu kerana merasakan permintaan kliennya itu terlalu berhajat dan seperti terdesak.
"Lepas tu saya tanya, hang (kamu) ni dah kena grooming ka dengan dia? Sampai teruk sangat angau ni. Dia terdiam. Memang betullah sangkaan saya," ujarnya yang menyediakan pelbagai perkhidmatan urutan buat wanita.
Seorang pengusaha spa didatangi klien wanita muda yang mahu mandi bunga untuk memikat suami orang.
Klien tersebut terlalu angau dengan lelaki itu walaupun hubungan sudah putus.
Pengusaha spa menegur dan menolak permintaan kerana ia tidak wajar.
Dia memberi nasihat agar wanita menjaga diri dan tidak menggadaikan maruah demi cinta.
Rata-rata netizen bersetuju dan berkongsi kisah serupa dilalui rakan sebagai pengajaran.
Sekadar berkongsi pengalaman di laman sosial untuk dijadikan pengajaran, perawat wanita itu turut menitipkan pesanan buat gadis agar menjaga diri dan tidak terlalu mengikut nafsu hingga menggadaikan maruah.
"Wahai gadis... kena sedar ya, lelaki yang baik takkan sentuh hangpa (kamu) kalau dia betul-betul niat nak kahwin. Hangpa ni dijadikan alat pemuas nafsu saja," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Ramai yang bersetuju dengan nasihatnya sambil menekankan kepentingan wanita menjaga diri serta maruah, khususnya dalam soal percintaan.
Ada juga netizen berkongsi pengalaman serupa yang pernah dialami rakan atau kenalan mereka, agar dapat dijadikan teladan bersama.
"Ada sesetengah kawan yang belum kahwin tapi apabila putus (cinta) meroyan (hilang arah) tahap gila... apabila selidik rupanya dah pernah buat (seks).
"Kawan bercinta sampai pregnant dan gugur... dengan suami orang juga.
"Sebab tu apabila dia dah start cakap bukan-bukan even melawak lucah, sila angkat kaki anda," komen netizen.


