Kawalan yang ketat di lapangan terbang dilakukan bagi memastikan keselamatan orang ramai. -Gambar hiasan AI
ADA kalanya perjalanan yang dirancang rapi boleh terganggu oleh perkara paling kecil yang tidak dijangka. Demikian juga dengan situasi yang dialami oleh sebuah keluarga ini ketika mahu melancong ke Guangdong, China, beberapa hari lalu. Menerusi perkongsian di media sosial, individu dikenali sebagai Sharon Tang, seorang pempengaruh media sosial dari Singapura berkata, segala-segalanya bermula sewaktu penerbangan mereka yang dijadualkan pada pukul 8.05 pagi. "Kami sudah pun melepasi imigresen dan sedang menuju ke pemeriksaan keselamatan apabila laluan pertama yang kami beratur tiba-tiba sesak dan ditutup, jadi kami terpaksa bertukar ke laluan lain."Apabila beg kami diimbas, pihak keselamatan mendapati anak kami, Sovereign, telah meletakkan pistol mainan dalam beg hand carry."Ini memang kesilapan kami sebagai ibu bapa kerana tidak memeriksa begnya dengan teliti," tulis Sharon. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi peristiwa di Jeddah, seram sejuk tengok pegawai imigresen berwajah bengis... Tapi senyum lepas nampak ‘buku merah’Sharon berkata, dia segera menawarkan untuk membuang mainan tersebut agar dapat terus ke pintu pelepasan, namun dimaklumkan oleh kakitangan imigresen bahawa kebenaran daripada pegawai AETOS (syarikat keselamatan swasta) diperlukan terlebih dahulu."Ketika itu, kami hanya mempunyai kira-kira 15 minit sebelum waktu berlepas. "Pihak syarikat penerbangan telah dimaklumkan dan mereka hanya boleh menahan pintu pelepasan sehingga waktu berlepas rasmi."Apabila pegawai akhirnya tiba, hanya tinggal kira-kira tiga minit dan pintu pelepasan sudah pun dalam proses ditutup. "Mereka masih perlu mengikut prosedur, berbincang mengenai situasi dan menulis laporan sebelum memberikan pelepasan. Pada waktu itu kami panik dan merayu agar proses dapat dipercepatkan sedikit," ceritanya. Wanita itu berkata, dia akhirnya akur pihak berkenaan perlu menjalankan tugas masing-masing mengikut prosedur kerana keselamatan dan dokumentasi amat penting. Akhirnya, mereka sekeluarga terlepas penerbangan dan terpaksa menempah tiket baru dengan China Southern Airlines yang menelan kos tambahan sekitar $3,000 (RM9,197).Menurut Sharon, perkongsian berkenaan bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa, sebaliknya sebagai peringatan kepada ibu bapa lain agar lebih teliti."Sekadar peringatan kepada ibu bapa lain, sentiasa periksa beg tangan anak-anak dengan teliti."Walaupun sekadar mainan, ia tetap boleh mencetuskan prosedur keselamatan. Dan apabila proses sudah bermula, ia perlu diselesaikan sepenuhnya," akhirinya.