suria

Aiman kesal lafaz cerai 'berkali-kali' kepada Siti Jamumall, niat nak jatuhkan talak 2

Aiman menjelaskan tentang lafaz talak yang dibuatnya ketika sesi siaran langsung Siti Jamumall pada 15 Mei lalu.

PEMPENGARUH 'Aiman Tak Kisah' berkata bahawa dia hanya ingin melafazkan talak dua kepada isterinya, Siti Jamumall.

Justeru dia tidak menyangka bahawa lafaz cerai yang dibuat sebanyak tiga kali semasa sesi siaran langsung di TikTok isterinya, Siti Suriani Wahiddin, 26, dikira sebagai talak tiga.

Ia susulan ramai yang berpandangan talak tiga telah jatuh berdasarkan video tular yang memaparkan Aiman melafazkan talak dua sebanyak tiga kali.

Pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed yang mengulas perkara ini berkata, dalam situasi ini ia perlu dirujuk kepada mahkamah syariah sebagai pemegang kata putus dan selaku pihak yang berautoriti dalam urusan undang-undang keluarga Islam.

"Niat talak dua tapi ada orang yang pandai dan 'lawyer' kata saya dah automatik jatuhkan talak tiga.

"Tunggu keputusan mahkamah," ujarnya dalam sesi siaran langsung di laman TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sebulan rujuk, Siti Jamumall cerai lagi! Kali ini ketika ‘live’ TikTok bertalak dua

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang hamil 5 bulan, Siti Jamumall jalan kaki 15km lepas cerai tapi rujuk semula dalam masa kurang 24 jam

Mengulas tentang lafaz cerai yang dibuat ada awal pagi 15 Mei itu, Aiman atau nama sebenarnya Khairul Aiman Abdul Kudus, berkata, pada masa itu dia dalam keadaan letih kerana baru pulang bekerja.

Namun dirinya dituduh melakukan perkara sumbang dan tidak beretika sehingga terdorong melafazkan cerai dalam keadaan marah.

"Masa tu baru balik kerja, bawa balik hasil apa... cari emas tapi dituduh me*****t.

"Padahal nak minum air je tapi dituduh," luahnya lagi seolah-olah kecewa dengan apa yang sudah berlaku.

Mengakui kesal dengan kejadian ini, Aiman yang berusia 22 tahun mengaku dirinya gagal mendidik isteri kerana kurang ilmu.

Malah katanya, kekurangan tersebut membuatkan rumah tangganya bersama Siti Jamumall musnah.

"Niat aku talak dua, ilmu tak ada, kahwin lagi. Alif Ba Ta tak tahu.

"Gagal didik isteri, punah rumah tangga," tambahnya.

Menerusi klip video tular itu, Aiman dilihat mengulang lafaz cerai sebanyak tiga kali terhadap isterinya semasa sesi siarang langsung TikTok.

Untuk rekod, pasangan itu sebelum ini pernah bercerai dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu. 

Namun, mereka mengambil keputusan untuk kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.

Siti Jamumall kini sedang hamil lima bulan hasil perkahwinan bersama Aiman. 

Difahamkan, mereka mendirikan rumah tangga di Satun, Thailand pada awal Jun 2024.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Jamumall yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan bercerai pada Disember 2022. 

Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.

Artikel Lain