suria

Pemandu treler muatan batu kapur maut, 4 cedera kemalangan babitkan 4 kenderaan 

Pemandu treler maut selepas tersepit pada bahagian kepala lori.

SEORANG maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, dua lori lima tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 366 Lebuhraya Utara-Selatan, antara Sungkai dan Slim River, Perak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim Deputi Superintendan Suhaimi Muhamad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam, Isnin.

"Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.

"Empat lagi mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan awal di lokasi kejadian," katanya.

Kerja menyelamat mangsa kemalangan di di Kilometer 366 Lebuhraya Utara-Selatan, antara Sungkai dan Slim River pada Isnin. -Foto PDRMKeadaan lori yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 366 Lebuhraya Utara-Selatan, antara Sungkai dan Slim River. -Foto PDRM

Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang maut berusia 40 tahun tersepit di dalam kepala lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lelaki tempatan berusia 28 tahun, masing-masing pemandu dan kelindan lori lima tan yang membawa muatan paip, mengalami kecederaan ringan.

Manakala, seorang lagi lelaki tempatan berusia 28 tahun, pemandu lori lima tan yang membawa muatan motosikal, mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Pemandu dan penumpang MPV Toyota Unser, masing-masing berusia 37 dan 32 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat melibatkan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan BBP Bidor, dengan penggunaan dua jentera FRT dan satu unit EMRS.

Artikel Lain