PERKONGSIAN seorang wanita mengenai keadaan kesihatan bapanya selepas terjatuh ke dalam longkang besar mengundang rasa pilu warga maya.
Berkongsi cerita, Siti Salmi berkata kemalangan berlaku pada Selasa lalu ketika bapanya sedang bekerja.
"Abah bekerja bawa lori sampah kering, kadang-kadang abah akan turun untuk ambil gambar pekerja angkat sampah.

Pasukan bomba membantu mengeluarkan ayahnya. -Foto Facebook Siti Salmi
"Tak tahu macam mana dia boleh terjatuh ke dalam longkang besar dan tinggi tu," ujarnya di Facebook.
Menurut peniaga online ini lagi, bapanya mengalami kecederaan serius kerana terdapat beberapa bahagian tulang yang patah.
"Patah tulang tengkuk, kemudian patah satu tulang rusuk dan dah tercucuk paru-paru sikit.
ARTIKEL BERKAITAN: Abang malas kerja sampai obes! Lepas curi duit bapa RM300,000, pinjam ah long RM20,000 pula - "Ayah aku manjakan sangat"
ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri anak-anak tak ambil peduli, warga emas daftar masuk rumah orang tua... Reda bibik lebih disayangi
"Selain itu ada juga tulang belikat yang patah dan terdapat pendarahan dalam kepala.
"Sekarang darah masih keluar dan sedang tunggu giliran untuk buat MRI (pemeriksaan pengimejan resonans magnetik) di Hospital Sungai Buluh (Selangor)," tambahnya yang sayu dengan keadaan kesihatan bapanya itu.
- Ayah wanita terjatuh ke longkang besar semasa bekerja, mengalami kecederaan serius.
- Patah tulang tengkuk, rusuk, belikat dan paru-paru tercucuk, pendarahan dalam kepala berlaku.
- Kini dirawat di ICU dan menunggu pemeriksaan MRI di Hospital Sungai Buluh.
- Wanita memohon doa warga maya untuk kesembuhan ayahnya.
- Hantaran mendapat pelbagai reaksi simpati daripada netizen.
Berharap bapanya kembali pulih seperti sedia kala, dia yang mesra disapa Kak Sal meminta warga maya mendoakan kesembuhan pada warga emas itu yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Kalau tanya abah, dia tak ingat apa yang terjadi. Minta jasa baik doakan abah Kak Sal ya, keadaan agak serius," katanya lagi.

Warga maya mendoakan kesembuhan pada ayahnya.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakan meluahkan rasa simpati.
"Semoga yang baik baik saja dan di permudahkan segala urusan.
"Ya Allah, semoga abah sis diberi kesihatan dan cepat sembuh. Kesiannya pakcik, sedih apabila melihat ayah dalam keadaan begini.
"Semoga sembuh dengan cepat dan dipermudahkan rawatannya," demikian reaksi netizen.


