PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bakal memanggil dua ahli akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar dan timbalannya serta pelakon Rita Rudaini bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.
Menurut Asyraf Wajdi, pada awalnya beliau enggan mencampuri urusan peribadi masing-masing, namun atas rasa tanggungjawab pihaknya sedia mencari jalan perdamaian bagi kedua-dua pihak.
"Peringkat awal saya tidak mahu campur isu perbalahan antara ibu bapa pelajar MRSM.

Asyraf Wajdi akan panggil Rita dan dua ahli akademik untuk berbincang.
"Namun atas rasa tanggungjawab, saya akan panggil kedua-dua pihak bagi menjernihkan keadaan tidak sihat, bahkan tauladan yang tidak baik buat pelajar," katanya.
Asyraf Wajdi berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada petang Selasa.
Dalam masa sama, Asyraf Wajdi ketika dihubungi mStar turut mengesahkan hantaran yang dimuat naik itu ditujukan kepada Rita dan YDP Muafakat MRSM Sungai Besar.
Sebelum ini, YDP Muafakat MRSM Sungai Besar dan timbalannya memfailkan saman terhadap Rita selepas notis tuntutan sebanyak RM1 juta tidak dipatuhi.
Peguam mereka Datuk Adnan Seman berkata, saman difailkan Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua dibuat selepas mendapati Rita memuat naik kenyataan berbau fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa hantaran platform komunikasi lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa digelar ‘prof kangkung’, narsisis, dan gila jawatan… YDP dan Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar saman Rita Rudaini
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sokong Rita Rudaini di media sosial isu disaman dua ahli akademik, Azhar Sulaiman minta Asyraf Wajdi beri ‘sepatah dua kata’
Adnan Seman menegaskan kenyataan itu memberi kesan reputasi besar kepada kedua-dua plaintif memandangkan bilangan pengikut Rita dalam media sosial cukup ramai.
Tambah Adnan Seman, tindakn saman tersebut difailkan selepas Rita gagal memenuhi tuntutan notis bertarikh 15 Oktober lalu.
Terdahulu, Rita mendakwa wujud kelemahan dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, atau dikenali sebagai MUAFAKAT, di MRSM Sungai Besar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


