SUSULAN tular beberapa video lama yang memaparkan kehidupannya bersama arwah suami, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pelakon Zizie Izette tampil memperjelaskan dia hanya memiliki akaun Instagram rasmi.
Zizie, atau Zizie Izette Abdul Samad, 47, menjelaskan, dia tidak mempunyai TikTok manakala akaun Facebook sudah tidak lagi aktif.
“Hanya satu penjelasan ringkas, ini sahaja akaun media sosial saya yang masih aktif (@zizieizette).

Penjelasan Zizie di Instastory miliknya.
"Saya tidak mempunyai TikTok, dan Facebook saya tidak aktif.
"Jadi jika anda terlihat hantaran atau video tentang saya dan arwah suami di tempat lain, ia bukan dimuat naik oleh saya,” katanya.
Penjelasan tersebut dikongsikan menerusi hantaran di Instastory miliknya pada petang Selasa.
Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa ramai sepanjang tempoh berdepan kehilangan, serta berharap pemergian arwah suami dihormati dengan penuh penghormatan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Akhirnya orang mula bercakap tentang kebaikan, pengorbanan dan amalan mulia suami saya” - Zizie Izette
ARTIKEL BERKAITAN: “Izinkan saya berduka” - Zizie Izette luah rasa kehilangan, kenang Bung Moktar yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah
“Saya tahu ada antara anda yang berniat baik, dan saya menghargai kasih sayang serta doa anda semua.
“Tetapi saya perlu jelaskan bahawa akaun-akaun tersebut bukan milik saya. Terima kasih,” jelasnya.
Untuk rekod, Allahyarham Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember lalu, jam 1.46 pagi, di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Zizie berkahwin dengan Allahyarham pada 2009 sebagai isteri kedua, dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata serta memiliki dua anak angkat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


